Wednesday, November 23, 2011

from pilahdelphia to p to the d.

hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang percuma (free), jadi saya berada di putrajaya dan isikan dengan jalan-jalan melawat orang kahwin.

lokasi adalah Kuala Pilah, pernah dengar nama Kampung Angga Bisa? dalam foursquare takdok, pastu sepanjang perjalanan aku memikir, dari manalah dapat nama ni? "ku nga bisa?" google asal usul, tapi tak berhasil -__-"

via Lekas Highway, mmg lekas sampai. tapi memang dasar Malaysia Darul Tol. empat tol dari putrajaya ke pilah hmmph.
takde gambar perantin, jd letak gambar "Mariam Jaga Kambing".
K.
kemudian terbang ke PD, untuk tengok bola, semi-final sukan sea, malaysia vs myanmar. tengok bola ye, bukan tengok laut.

masa ni dah lah sedang mengalami pms, mood hampeh habis. si Fakri pulak main kan perasaan aku, main macam tettttt.

akhirnya Fakri jugaaak yg kasik gol, sampai Aket keluarkan ayat "baru nampak kau senyum Kis!" ;q
dinner makan ni je. tipu. ini pembuka selera. lepastu aku membaham (gaya harimau muda) nasi, tomyam poktek, udang goreng tepung, telur dadar, etc. pastu beli mangga sebijik singgit. murah dan sedap :D
perut kenyang, senang hati. malaysia ke final, kita shuffle :D
main laser tepi laut dan sesi karaoke terbuka di tepi laut.
banggg!!
tidur atas pasir pantai tanpa tikar, pastu gatal-gatal. ;p
blur, bangun tido je tersadai di tepi laut. lepastu lapar kembali.
masa makan ni, Aket tegur "kau lapar ke kis?" terus jatuh satu persatu butiran puti piring dari mulut aku. sentap mak. HAHAHAH. bengong. padahal dia siap tapau balik sate, kentang goreng bagai. ;p

tapi siyes putu piring ini zangat zedap , beli kat pasar malam tepi petronas tu.

tengah malam pulang ke pangkuan Putrajaya tercinta, tak boleh nak overnite, kerana ada satuuu lagi majlis kawen wajib hadir :)

ok bai.

No comments: