Thursday, December 29, 2011

Misteri Nasi Goreng Biasa Kakas.

semalam, kami ke GM Klang, kononnya nak survey barang-barang. aku pun tak pernah pergi walaupun orang shah alam. jadi ikut je lah join mereka. mereka : Kak Jue, Fana & Dayah.

ini bukan nak cerita kami borong apa, tapi nak kisah pasal kisah seram sejuk.

sebelum gerak ke klang, kitorang tak makan, kecuali aku. sebab kul 10.30pagi baru makan nasik lemak. jadi kenyang lagi. cuma haus.

sampai area GM Klang tu, takda kedai makan melayu. cuma ada satu, Restoran *** **, kat banner tulis makanan melayu, nasi campur, nasi ayam. dengan tiada syak wasangka, terus masuk je kedai tersebut, Fana terus duduk, aku tgk-tgk lauk kat meja depan. tapi haram, satu lauk pun takda, nasi ayam pun takde. yg ada mee goreng pagi tadi. ceh konfiden mee goreng pagi tadi, ntah-ntah pagi semalam punya.

dalam kedai tu takde customer lain. kecuali kami bereempat. dan seorang makcik, dan anak perempuan dia yg berpakaian ala-ala Usher topi senget gitu.

makcik tu datang, nak order. mata dia seram, macam ada selaput.

"nak order apa? air? nak air amek dekat sini, senang je" *sambil dia tunjuk peti ais penuh air kotak.

aku dah sentap, kejadah suruh orang order tapi suruh amek air dekat peti sejuk?

"nak makan ape? nasi goreng? nasi goreng biasa? nasi goreng biasa makan dengan kicap cili api? telur dadar?"

dia bercakap lantang. tak bagi peluang langsung kami bersuara. padahal kami empat-empat ni jenis "berani bersuara", jenis "susah-nak-akur" punya orang.

tapi semalam. semua jadi budak baik, tunduk, dan akur. jadi semua makan nasi goreng biasa, telur goreng mata dan kicap cili api. 10 minit kemudian, telur goreng mata sampai. 10 minit kemudian nasi sampai. tiga pinggan.

masa makcik tu persembahkan "nasi goreng biasa" tu, aku tergamam. sangat-sangat tergamam. kalau ada cctv dalam kedai tu, mesti dapat rakam muka aku yang ternganga. yang lain-lain buat muka cool. aku ni jenis tak reti simpan emosi.

tahu macam mana "nasi goreng biasa" tersebut.

SALAH! tapi macam ni.

yes. macam nasi putih. kosong. sehelai bawang pun takde.

macam kau letak minyak, kau masukkan nasik putih, pastu letak garam, kau goreng. pastu kau bagi orang makan.

yang kelakar dan pelik, masa di persembahkan nasi tu kat kitorang, dia siap tunggu kitorang suap nasi ke dalam mulut lagi. siap cakap

"makanlah, apalah rasa makcik masak, sedap ke tidak tak tahu, Bismillah"

"takpe, rezeki hari ni" Kak Jue cover baik punya.

Dayah makan dulu, dah suap nasik dalam mulut, baru makcik tu blah. pastu semorang pun makan. aku je sedut air milo. siap kena marah dengan makcik tu;

"yg sorang tu kenapa tak makan? puasa? ha, makan gula-gula!'

aku kejung. the hekk menggg suruh makan gula-gula? pastu aku ni dah rasa pelik dan masih tergamam. terus tanya soalan bodoh.

"korang biasa order nasik goreng biasa tak sebelum ni? pernah makan tak nasi goreng biasa sebelum ni?? "

dorang tak pedulik aku masa mula-mula. maybe sebab lapar, dorang habiskan makan dulu. lepas makan baru kitorang gelak2. pastu kena marah dengan macik tu.

"jangan gelak-gelak!".

kuat gak suara dia masa tu. pastu ada customer lain, aku tgk masa lelaki tu order, makcik tu tanya soalan yang sama "nak makan apa? nasik goreng biasa? cili api? telur?"

the hekkk!

masa on the way dia nak ke dapur, dia sempat cakap "jangan gelak" sambil jeling kat Dayah.

aku kejung lagi. dah mula rasa seram. pastu kitorang dah start buat cerita pelik "bayangkan makcik tu tengah asah pisau kat dapur nak kejar kita?"

muahahaha!

dah rasa tak best, aku ajak blah cepat. kak jue pun dah mula kuarkan duit nak bayar. terus ke cashier.

masa kat cashier, kak jue bayar dulu. makcik tu tanya, "makan ape?"

aku dah diam. ape ke bengong. padahal dia yg cadangkan makan nasi goreng biasa. takkan leh lupa?

kemudian, turn Fana.

dia tanya lagi.

"makan ape?"

sekali lagi aku rasa nak pitam siak.

the hell makcikkkkk? bukan kau tadi masak dalam satu kuali untuk tiga orang ka? nasi goreng biasa??? telur?? kicap + cili api???

bayar terus blah. sampai ke putrajaya kitorang playback balik apa yg jadi. sah macam kena pukau je?

ok bai.

*kitorang di caj sorang dari RM6.00 - 8.00, milo ais RM2.00.
*gambar di atas semua di-google. jadi bodoh semorang smlm tak amek gambar pung.
*nama kedai dirahsiakan, klu-nya kat tajuk entri ini.

6 comments:

boops said...

adakah macit itu bernama kak "ass"..?? hhehehe..

*being an SR for quite sometime tapi this time nak comment sebab orang macam tu tak patut berniaga nor bukak restaurant.. may she rot in h***..*

akiss ferrero. said...

kak ass with one s. hahahah.

hello boops. yes, sgt. masa dia masak tu rasa bersalah ke :(

chocopeanut said...

"jgn gelak"

ok entry ne klaka. baca siap byg kan muka kak kiss dgn yg lain2... hehehe

Zid-ane said...

Serius.. Physco giler! Org mcm tu pn ada. Imaginasi yg mcik tu tgh asah pisau mmg x boleh hndle.. Kalau betul2 jd, lari lintang pukang la. Run for your life girls!!!

akiss ferrero. said...

hahah, mmg itu yg kitorg bygkan sbb die duk dapur lama, nk byr pun kena panggil.. hahahha ;p

Jazica Albek said...

psycho gile makcik tu O_o