Monday, April 2, 2012

Aksi Ngeri Ming T_T.

pagi sabtu yang hening. cehh, ntah apa yang hening tak tahu. ok, since ada Ming and Aoki, memang sekarang ni weekends aku takda peluang bangun lambat. memang dari Subuh dorang dah bising lapaq. jadi, seperti biasalah, hari Sabtu tu, bagi makan semua, lepaskan dorang main sampai lebam.

ntah kenapa tiba-tiba si Ming keluar rumah, kemain laju lari, terus panjat ke belebas. belebas tu mmg muat-muat dia, tiba-tiba dia meloncat mcm nak terkam sesuatu, maka..

Ming jatuh dari tingkat dua.

perasaan aku? rasa nak pengsan. hati terguris. nangis toksah cakaplah. benda jadi depan mata, sampai skrg aku pulak yang trauma, teringat-ingat cara dia lompat :(

seb baik dia takda apa-apa, just luka kat kuku masa landed. selera makan pun ok, poo-poo pun ok. telefon vet pun kata kalau dia sihat dan aktif mcm biasa takyah risau.

nampak tak perut labuh dia, seb baik bukan t**** labuh. lol
lepas kejadian, petang sabtu tu. Si Ming, sejak aku ambil dia, tak pernah lagi manja-manja tidur atas perut dan dada aku. budak ni jenis buas. dukung kejap menggelupur. tapi petang lepas kejadian tu, dia macam lemah lembut sikit, nampak sgt terkezut.
malam kejadian, dah kembali hidup dan menendang. bawa dia jalan-jalan naik kereta. hari Ahad dia makin sehat, panggil pun tak pandang dah. memang Ming is back!

jadi, sebagai langkah pencegahan lebih lagi, aku nak beli jaring habis semua kat grill. nak bagi dorang main pun aku lepaskan dalam bilik je. mmg syorga dunia bila habiskan masa dalam bilik, tweeting, ratah milo, berguling dan ditemani Ming dan Aoki. ak ak ak!

ok bai!

No comments:

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...