Tuesday, October 20, 2015

lepas satu, satu.

…Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…”- (An-Najm: 42-44)
Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji,
Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.
Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.
Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.
Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.
Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan.
Maka, muhasabahlah.

kopipes dari:http://akuislam.com/blog/renungan/berbahagialah-ketika-diuji-oleh-ujian-yang-diberinya/#

Monday, October 19, 2015

pindah rumah bersama orang gaji separuh masa dan lori yang baik

masa pindah rumah itu hari memang teramatlah surprise sangat dengan keadaan yang ditinggalkan oleh penyewa lama *cough cough*, surprise sampai nak pengsan tengok keadaan rumah. 

so, tak sanggup nak kemas sendiri dengan keadaan diri sendiri dan famili yang dua kali pindah umah dalam masa 2 minggu (ehem!) so, aku tetiba ringan je jari whatsapp mereka. dan, wow tak sangka aku mereka reply begitu pantas. 

so disebabkan kepantasan mereka, so aku share no.contact company mereka, Adam Ikhlas Maid & Cleaning Services. Mr. Adam (010-334 2301) / Mr. Ikhlas (012-706 4767). 

sebenarnya sebelum ni memang pernah tanya beberapa company, tapi leceh sebab kena tunggu dorang reply email. snail mail. lembabs.

Alhamdulillah. rezeki, book last minute seb baik ada. servis tip top, hantar maid depan pintu. on time. maid pun bagus. aku dah la biasa buat kerja rumah sendiri, tak reti nak mengarah. seb baik maid ni jenis banyak tanya "ini nak cuci, mau susun ini tak? mahu buang?". so mudah dah di situ, aku tak payah banyak cakap. jadi, Sabtu malam pindah, tengahari Ahad tu dah boleh masak and rehat seperti biasa.

 dan, lagi satu aku nak share. lori untuk pindah rumah area putrajaya - kl - selangor.

aku jarang rekomen orang, bila aku rekomen ni memang betul-betul bagus punya. mereka ni memang banyak memudahkan urusan aku sekeluarga. masa kejadian nak pindah tu aku kat HKL. aku terpaksa minta tolong mak and kakak aku uruskan bab pindah barang. padahal aku tak packing apa pun masa tu.

bayangkan pakcik dan anak dia ni lah yang tolong packing. siap kotak semua. cuma kita kena monitor apa yang kena bawa dan bagitahulah nak letak / susun barang kat mana. Tuhan saje dapat balas kebaikan mereka ni.

dua kali aku guna servis dorang, kagum dengan cara dorang bekerja. dalam penat-penat angkut barang tu boleh buat lawak bagai siap tanya nak susun mana barang. kalau kita mahu dah masam muka malas layan orang. paling terkejut, bila tanya bab caj/upah, dia kata ikut kemampuan, seikhlas hati. bayangkan? jadi aku bagilah ikut rate sekarang, and lebih sikit masa kali kedua tu.

sebenarnya aku kenal pakcik ni pun Farrah yang bagi nombor, so benda baik marilah kita share. kalau nak lori untuk pindah rumah area putrajaya/kl/selangor boleh contact En.Wan 010-5442798 dan anaknya, Haikal 017-3849121.

ha disinilah rumah yang ada hantu cina perempuan tu, hahah! nanti aku post kat blog kak peej dalam edisi Expose Mistik :p

ok bai.

Wednesday, October 7, 2015

Kedai Bundle Online Akiss

pun cerita pasal shopping online lagi. kali ni nak cerita pasal Kedai Bundle Online Akiss, eh! kemain nama.

sebenarnya baru register dan download app ini juga. so far ok, mungkin tak lah semeriah bisnes di IG, tapi sini boleh tahan, boleh kata semua benda pun ada. bila aku kata semua benda pun ada, maksudnya sampai ke katil, lipstick terpakai semua ada. 

aku dah lama semak shopping (browse) barang kat IG dah, sebab menyampah bila kita search tag #bajubayimurah yang keluar testimoni barang nak kurus dan selfie awak-awak tu. beza dengan carousell, awak boleh browse barang pakai ikut kategori. takyah pening dengan orang suka salah guna hashtag ni.

so yeah, siapa yang dah ada akaun carousell boleh "stalk" saya, erk. ok awak follow saya - saya follow awak di akaun saya carousell.com/akisslski. dan ya, more to come! banyak buku nak letgo dengan harga serendah RM5. tungguuuu!


 https://carousell.com/akisslski/ 

ok bai!

Friday, October 2, 2015

#mycybersale bersama tesco giant mydin so mak-mak

khas untuk yg suka shopping online, bukan shopping tudung, baju handbag semua tu. ni shopping barang dapur seperti ikan ayam sayur etc. aku cuma nak share perkhidmatan beli-barang-dapur-atas-talian-terus-hantar-ke-pintu rumah anda dengan e-tesco, ya akulah pelanggan setianya.

eh ini bukan entri sponsor/berbayar. saja share untuk yang tak tahu dan memerlukan.

aku mula guna e-tesco ini since aku pregnant pertama kali di mana aku mabuk teruk tak boleh bangun langsung, nak keluar beli barang rumah pun tak larat. tapi semangat nak menyopping tu ada haha. so saja lah gatal try test order kat sini. ternyata wow!

so senang aja, pergi dekat http://eshop.tesco.com.my/, dan register! lagi mudah kalau kamu download app My Tesco Online dalam handphone anda terus. pastu check kawasan umah anda ada delivery ke tak, tapi setahu aku mana-mana pun ada sekarang ini. lepas register, ko boleh book slot delivery, so ko kena pilih time ko ada kat umah untuk dorang buat penghantaran. penghantaran akan di-caj sebanyak RM3 kalau barang anda beli bawah RM100, ok kan jimat duit minyak dan tol. and, tak boleh pakai cash, kena pakai debit card, credit card etc. swipe saja huhu.

servis gini sebenarnya amatlah sesuai untuk orang yang malas atau tak mampu nak keluar, takda transport ke ape ke, sibuk takda masa nak keluar keee..lagi-lagi kalau umah yang takde lif tapi anda duduk kat tingkat 4-5. bayangkan nak mengangkut beras 10 kg, minyak 5 kilo semua tu. lainlah kamu ada abang sado tolong angkut wakakka. so aku share ini untuk yang memerlukan and bab harga, kadang-kadang ada promosi murah-murah kat sini. tak semua barang gak aku beli sini. yang selalu aku beli ada buah-buahan seperti tembikai hahaha

so ini antara barangan yang ada. ice-cream, pampers semuapun ada. 

aku sebenarnya bukan shopping kat sini je, rajin gak tengok promosi kat aeon big, giant, mydin semua tu. cuma pasaraya lain tak buat delivery lagi kan. adik aku la ni ajar, nak beli barang tengok dulu web dorang kot ada promosi. yelah kan, sejak dah bekeluarga ni, kena lah jadi pengguna bijak haha

so aku baru jumpa satu app, SmartShopper. memang leh buat perbandingan harga, takyah bukak satu-satu web. so yeay!
see siap ada rekod harga paling murah pernah di offer.

ok bai.