Showing posts with label Kerja Kawen. Show all posts
Showing posts with label Kerja Kawen. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Izyana & Azhar.

ok, sabtu lepas, langsung sudah majlis kahwin Nana & Azhar.

eh tapi kenapa gamba kasut dulu?

my sayangs. bestnye reunion Rumah Abstrak. apa lg, menjoyah time la!

azima dan amiza. atau amiza dan azima. alamak masa dorang kecik aku dpt cam yg mana satu azima dan amiza! deym.

azima atau amiza.

azima atau amiza. ;p

ok ok. mari lihat gambar fengantin! ;p

santek puwnnnn!

nana tdo dlm iman kejap. ;p

ha inilah Azhar perampas Nana dari kami. eh tak tak. ;p

yes Aket duduk kiri sekali, konpem tahun depan kawen. dah curik sirih hari tu kan? wakakak.

orang lain sibuk amek gambar pengantin, kami plak sibuk camwhore. *farrah xpayah la tahan napas, perut buncit gak. lemas anak ko taw! ;p

me-paparazi dan di-paparazi.

alamak. kami x bg hadiah lg ni. tapi dengar cerita dapat banyak gila pinggan mangkuk sehingga mampu buka katering? hahha.

Alhamdulillah syukur mereka sudah dinikahkan dan majlis kawen yg meriah. tahniah saya ucapkan, semoga bahagia ke akhir hayat, dan cepat-cepat timang baby ;) makanan sedap yaw sampai lupa nak amek gambar (alasan sbb byk berjoyah) . lepas ni kurang seorang lg sahabat sebantal, seperiuk, serumah, Nana. i'm gonna miss yu. harap-harap still keep in touch macam Farrah dan Kak Iza. pasni leh ko masak2 then kami sleepover umah anda kan kan kan? kalau gadoh ngan Jaha xyah nak "hantar saya balik umah mak saya", hantar je rumah kami lah wehhhh ok? bahahha. ok. panjang gila ucapan. lebiu Nana mmuah muaah peluk cium.

ok bai!

*setel entri 4 hari, fuhh!





Tuesday, September 21, 2010

Satu Lagi Sahabat Tersingkir ;p

jahat gile tajuk entri. dah macam AF nk singkir setiap tahun. ok minggu ni satu lg housemate kesayangan nak kawen, si Nana.

Nana, 25, hujung sekali sebelah kiri akan menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini dengan bernikah dengan jejaka pilihan hati yang juga berasal dari Negeri Sembilan, Mohd Azhar bin Mohd Din, 30, Jumaat ini di Surau Al- *****, Ampang.

apahal caption macam berita harian dan kenapa nama pengantin lelaki je aku sebut nama penuh?

ye, yg tudung pink kiri sekali. eh dua-dua gambar Nana duduk kiri sekali. ok Aket syg, lepas ni group foto kawen si Nana, ko duk kiri skali, konfem ko kawen tahun depan. hahahhaa.

ok gambar mengundang air mata kot! xpalah. bukan g mana pun, g kawen, benda baik. Jaha (Mohd Azhar Mohd Din) pun dah tua ;p oh men, masih tak percaya, dorang dah nak kawen!

btw kenapa tulis dalam kad jemputan kawen korang macam tu? mana tahu aku nak bawa pasangan lain? wakakak.

jumpa anda jumaat ini dengan inai di jawi-jemawi dan berbulu mata palsu ;p

ok bai!