Monday, September 20, 2010

Nasi Dagang Shah Alam.

malam minggu, mak ada masak-masak untuk kawan adik aku, si Cupi. pasukan wajib dtg tiap2 tahun. siyes bukan open house. cara aku, nak datang umah bagitahu-mak akan masak. so, tiada istilah akiss-buat-open-house-tak-ajak-kitew-cedewnye!

tapi berpada-padalah kalau pukol 3 pagi nak dtg umah. ingat ini Mekdeh ke 24 Jam. so hari itu, mak aku masak2 siket. bukan nak tiru idola sy Keknis buat open house itu hari ok ;p


ayuh makaaaan!!! ye familiar yg dua dari kiri itu. itulah partner karok sy. malam ni x berpakaian lengkap raya pula ;p

woi gerak skrg woi makan!

majlis makan dimulakan dengan bacaan doa makan dari al-fadhil ustaz nazirul.
ustaz hip-hop jubah ada hoodies yaw. comel aku suka!


still tak gerak makan gak. ini bukti lelaki pun men-joyah suka gossip2 siapa in a relationship dengan siapa di facebook!

akhirnya gerak juga akibat laungan suara aku memanggil setiap sorang, Ayeep! Fauzi! Ewan! Rahim! Nazirul! makan!


anak panah menunjukkan kerusi kecik emergency. kan i dah kata, rumah i kecik je xmampu nak open house sgt. kang ada yg makan di balkoni sambil melihat gadis kilang tunggu bas ;p

sementara itu, ini juga kawan adik saya. tapi dah jadi kawan sy juga. kembar azman dan azmil. dok mengangkang depan tv sampai kena cencored kain. cehh

GOAALLLLLLL! cehh sdgkan tgk national geographic.

ok time too eat. alamak lupa nak bagitahu apa hidangan. saya masak, uhuk uhuk. ok mak saya masak. nasik dagang, nasik minyak, kari ayam, seafood paprik, daging kicap bla bla bla.

yg pasti aku tlg mak aku kopek bawang sahaja. sbb tu bila bab layan tetamu diserahkan tanggungjawabnya pada aku. kalau nk tgk aku gelabah, ini lah masanya ;p

amaran : nasi dagang itu bikin mengantuk. siyes.

pose double twin. aku ngan adik aku pun kembar gak. tapi tak seiras tak setahun. ;p


pose tempat kasut namanya. ok, next time mereka nak ajak ke i-city. xpe, demi kawan i rela je pergi walau dah kali ke berapa ntah puwwn ;p

ok last. kan i dah kata. nasik dagang tu bikin mengantuk. tgk Datuk D, makan sambil tidor.

ok itu sahaja. kalau nk rasa nasik dagang emak saya, leh la dtg umah. diperakui sedap dan pandai masak oleh ore kelate. tp siyes, mak aku langsung xde darah pantai timur yg korang tuduh ''of kos pandai masak nasi dage"

ok xlupa, maaf kepada Shie sbb xdapat join makan-makan umah dia. sori ek Shie. nnti nak jumpa jugak, bila2 kawan lain buat open house, :)

oh, tak lupa juga, kawan-kawan adik lepak sampai bola abis. bagus dorang rajin basuh pinggan sendiri ;p

ok bai!

2 comments:

mimie mohd sam said...

woi woi....
i pom basuh pinggan sendiri k
;-P

akiss. said...

woi woi anak dara pun nk bgtaw ke penghargaan basuh pinggan?