Tuesday, August 23, 2011

Berbuka Puasa Bersama Iqbal & Fad.

ahad day lepas berbuka dengan kawan lama (classmate), Iqbal dan tunangnya Fad. last jumpa mereka tahun lepas kot masa tgk Harry Potter, kan?

mula-mula nak makan kat Saba', tapi buffet pulak. macam tak je ;p, jadi tanak peningkan kepala, nasib baik ada contact dengan abang Umai 'de Lake. booking lambat, seb baik dapat tempat yawww ;p


melepak di tebing tasik setelah penat melawat Monumen Alaf Baru. penat sebab ape? sebab jadi pemandu pelancong kepada Iqbal yg banyak tanya, pastu abis satu monumen dia kaji, siap intai tangga utk naik ke "rocket" monumen tersebut. hahaha

dan, good news Iqbal. aku dah jumpa asal-usul Monumen Alaf Baru ini, monumen ini diasaskan daripada bentuk Bunga Raya ya, dan dibina bagi "mendokumentasikan sejarah kegemilangan negara melalui rekabentuk yang mengenengahkan kesenian dan keindahan warisan budaya dan negara"

hah! macam buku teks sejarah tingkatan 3 yg aku dapat C tu? ;p

sila baca INI untuk keterangan lebih lanjut ye.

Iqbal dan Fad. Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 20 November 2011 yang akan bertemakan warna pink silver. eh dah kenapa ayat aku macam majalah pengantin?
thanks Iqbal untuk gambar ini. teknik fotografi ini dinamakan teknik silhouette. cehh, padahal bengang penat senyum semanis kurma tapi hasil? -_-
keramaian, maka kami diletakkan di atas pentas.
hai sy di atas pentas!
ini 70% makanan yang berjaya di ambil. tak termasuk dessert segala ;p
kegemaran, grilled lamb, ingat nak second round, tapi... muatan perut dah penuh tahap 2 bulan pregnant.
save the date!

thanks Iqbal & Fad, ingat pesan aku hari tu ;)

ok bai!

ps : sorry Fad pasal 'terserempak' itu. kebetulan yang "awkward" gila. salahkan Malaysia negara yang kecil taw taw ;)

1 comment:

syakirahmn said...

akiss dh boleyy jadi penagacara jom berbuka bersama slebriti cenggini. hahah