Thursday, July 30, 2015

bro organized

lately rajin join group-group deco organizing susun atur rumah, dapur, bilik air semua. paling suka tengok orang susun bilik air dia. so rajin, so neat, so organized!

bilik air yang simple. gambar curi dari page ikea.

since opis aku takleh bukan Pinterest dah (kurang asam tul), so aku terpaksalah follow blog-blog dan group di fb bertajuk sedemikian untuk memuaskan hati yang acah OCD ini. haha

contoh blog ini --> iheartorganizing, atau terus ke link Gallery dia kalau anda-anda malas baca. terbaru, memang aku WOW! sangat, adalah dia kemas bawah dapur dia. oh man.

  

good idea, letak wallpaper bawah tu. 

 

before and after. kemas kan, boleh save space lagi. ok ini random gambar yang i suka tengok dan sebagai inspirasi nanti :3


label botol rempah ratus tu boleh DIY. 

nak organize mekap korang pun ada. aku suka tips ambil gambar barang yang dah ada, so next time nak beli lenchu lain ko dah tak konpius dah beli ke belum warna tersebut. so tak membazir. tapi kalau duit kau campak-campak banyak sangat takpe.

 ini paling favourite aku sebenarnya, deco untuk mini balcony. sukaaaa!!

aku sebenarnya suka simple, tak minat deco umah semak dengan wallpaper ke ape. janji bersih, dan tak banyak barang tak guna tapi simpan. 

untuk pulak dapur, ni aku jumpa kat web shopping 11street tu, oh meng. tak sabar nak keluar rumah!

 
banyak lagi gambar sebenarnya, tak dan nak up semua. nanti aku buat entri satu-satu k, ini carca marba sikit haha

ok bai.

Monday, July 27, 2015

busy kew?

there's no such thing as orang tu busy sangat kalau kau menjadi keutamaan orang tu. bak kata omputeh...


secara amnya, bila kau utamakan kerja. dapat kerja. utamakan famili, dapat famili. utamakan kawan, dapat kawan.

mudah.

contoh bab berkawan, kalau kau selalu cari dia. dia carilah kau balik. kau baik dengan dia, dia baiklah dengan kau. people will treat you the way you treat them. ingat tu.

(tetapi ada je yang kita ikhlas berbuat baik dengan dia, dia buat "tahi" dengan kita. itu namanya cobaannnnn)

kadang-kadang penat gak asyik jadi pihak yang 'mencari' ni. eh sekian dulu bebelan lemau kembali ke ofis setelah dua minggu cuti raya :3

ok bai.

Wednesday, July 22, 2015

#teamrayakelantan

wah tajuk! 

aku kawan dengan suami aku 9 tahun, kahwin baru setahun. ni baru aku nak ikut balik kampung jumpa family dia buat pertama kalinya. betapa tak mithali nya kekaseh kan takmo jumpa orang tua belah sana. akhirnya, kelip kelate jugok! memang kena gelak je aku wakaka!

so, 1-2 bulan sebelum raya aku dah ready mental and fizikal nak balik kampung.

mental ok, tapi bila nak bertolak tu calar sikit masa salam mak. gila kau seumur hidup tak pernah lah raya tempat lain selain di bawah ketiak mak apak dan adik beradik. sobs. menangis gak setitis dua air mata. fizikal pula, Alhamdulillah okay walaupun membawa budak yang makin kuat berguling dalam perut haha. 

so perjalanan pergi adalah, 12 f*@king hours!

aku okay je of course sebab aku ni memang kuat berjalan. dah lah memang tak pernah jejak kaki ke kelantan. lagi-lagi jadi co-pilot pulakkk, memang takde aktiviti lain MAKAN-KARAOKE-TIDUR-REPEAT! 

jem cuma di Tol Gombak, Raub (sebab time orang sahur) dan Gua Musang-Machang. aku tak banyak tidur sebenarnya, sebab siang tidur banyak. aku perati gak suami aku ni, gila tabah. tak dengar langsung dia merungut penat atau stress jem. penyabar tul, kalau aku drive mahunya dah bakar dah hiway ni khfhdghksgh. 

 berebut rakyat Malaysia nak bayar tol.
 
 
  hiway baru, ape tah nama dia.
  kap-fa-sim! kepsi!
ini lepas gua musang ni, suka betul saya dengan view ini. so, gerak kul 12 tghmalam Selasa, sampai umah destinasi kul 12 lebih tghhari. sampai, terus rehat. mandi, tidur sampai ke waktu berbuka :p
  bunga api sikit
pocong detected
  *terjun KB Mall*
  pa-ya-ta-ro-na-sim, petronas!
 hehe
 pokok kurma gais
 
  nora biskut danish pakai tudung
  hari terakhir puasa punya lauk berbuka. patin tempoyak!
 bunga-bunga api lagi
  pendek, haha
 malam tu shopping last minute baju raya, misi berjaya sebab dapat baju kami sepasang tema hijau :D
 
 sedap k, must try k? tepi jalan menuju wakaf che yeh je ni.

jadi pendapat aku, bandar KB dengan kampung aku bandar Melaka sangatlah berbeza. dari umah mak mertua nak ke bandar KB, jalan straight je sampai, tak sampai 15 minit. lepastu, bandar dia tak macam Melaka bila musim raya yang sesak, pastu jalan pusing-pusing semua one way. kalau salah jalan, kena pusing jalan jaaaaauh gitu. cuma kt sini kereta banyak sebab cari parking area Wakaf Che Yeh tu je, lain ok. i loike.
 
pagi raya...aku...koyak sikit. hahahaha. satu, sebab tetiba ingat pagi raya mak. dua. makanan di sana sangat lah berbeza. aku nak ketupat nasik, kuah kaciangggg, sotooo, lodehhh..tapi. semua ketupat pulut tu. aku hanya mampu pasrah.
 
rumah one of makcik. best woo, sejuukkk. macam twilight tapi bila malam kau duk diam situ takut. hahaha
 
dan akhirnya pukul 3 pm baru jumpa nasik!! sampai je, suami aku kate lapar nasik, terus makcik dia masak ayam goreng dengan kacang panjang cicah budu weh makan pulak dengan nasik panas perffff selera aku makan 3 kali tambah ha'ah Balqis tak malu
  sekadar gambar hiasan
 
ini pulak kat umah adik ipar aku. siakap tiga rasa, ayam goreng kegemaranku, masak lemak ikan apa tah sayuran dan ulam. mabeles!
 belakang umah makcik, sangatlah twilight mendamaikan.
malam raya kedua adalah reunion sekolah suami aku, so..hai kamping pakar! aku tambah 2 kali jee sebab dah full makan nasik :p
raya ketiga. sup tulang, sayur, ikan masin. ini makcik mana tah. so many makciks to remember. i kenot.

gila kau, dalam masa seminggu aku kena ingat nama makcik pakcik dia. belum masuk sepupu sepapat dia lagi. aku punya pening sampai tersalah cium tangan adik dia pun ada wakakakka!

adik beradik dia pun jenuh aku nak hafal. adik paih, pejal, padil, jaki..err. okay. kira tetiba aku ada 4 adik lelaki, sorang abang belah suami. semua baik-baik. kejap-kejap buat air untuk aku.

 sekadar gambar hiasan.
 sekadar gambar hiasan.
 hi baju LP aku tu dah sampai kelate dah. dan, dah tak muat :')
 mendapat gak puluit kuning :')

tak malu mintak kat majlis pertunangan orang :')
 bebudak
 sempat lah belajar ketupat palas ni. seb baik menjadi, mudah sikit dari ketupat biasa.
 belakang umah mak mertua.
 
balik kl dengan banyak helai kain batik dan pelekat. YANG PANDAI si Balqis tu pakai kain.
 
 
   perjalanan pulang

sini pung jeng lagi. tol bentong tak silap. perjalanan balik pun 12 jam. maka, 24 jam je atas perjalanan wakakaka! tapi ok what, balik melaka 2 jam bosan kot. eh dah lupa asal usul ;p banyak lagi tempat aku nak gi tak sempat seperti PCB dan Pasar Siti Khadijah, tunggu lah next year. masa seminggu kat sana tak cukup rasa, jadual pack. handphone pun tak sempat nak check

sorry takde gambar tipikal raya isteri peluk perut suami di sini, cuba lagi tahun depan.

well, SHRMZB semua!

ok bai.

Thursday, July 9, 2015

perangai-seronok-tag-suami-benda-mengada-ngada.

aku dah lama perati perangai isteri-isteri di fb, malah di twisder pun. perangai-seronok-tag-suami-benda-mengada-ngada.

kahkahkah!

contoh,

"isteri hanya perlu di peluk di cium di hargai setelah penat masak jaga anak masak nasik etc etc etc"

eee tak malu ke mintak cium kat depan orang?  asdhdgfjhklklkfjkdgh

lagi contoh,

"tanggungjawap suami terhadap isteri bla bla bla, apa yang isteri mahu daripada suami bla bla bla"

eh, tahu tak bila kau tag suami kau benda gitu menunjukkan macam suami kau tak buat tanggungjawap dia kat kau? macam kau nak mengajar laki kau pulak. tak ke dah menjatuhkan maruah suami kau? boleh mendatangkan fitnah.

bukan ke elok pm tepi, atau whatsapp je terus? sekarang kan canggih. semua pun boleh share kat whatsapp? kenapa KENA kat fb, KENA tunjuk semua orang? apakah niat anda sebenarnya?

eh bulan puasa terlebih bebel pulak aku, suka hati korang lah, fb korang. rumahtangga korang :p aku sebenarnya tulis ni kerana menyokong entri Ladynoe "Wahai Suami, Hargailah Isteri".

ahkak setuju sangat :p

ok bai.

Wednesday, July 8, 2015

Still Alice

selaku kipas-susah-mati Kristen Stewart, ketiga-tiga movie terbaru (Still Alice, Camp X-Ray, Clouds of Sils Maria) dia aku dah tonton. kena download sendiri since tak disiarkan kat wayang Malaysia. 

ada lagi short-film lagi belum ada tonton. jadi di sini mahu share yang terbaik antara tiga-tiga tu. Still Alice.

kisah seorang Prof. (Julianne Moore) kena early stage Alzheimer ketika beliau baru berumur 50 and dalam movie ini kita akan lihat camne dia struggle lawan penyakit dia, dengan sokongan famili dia.
 

suami. (Alec Baldwin)

  

anak pertama (Kate Bosworth) dan anak bongsu (Kristen Stewart)


anak tengah, juga seorang doktor. 

a must watch movie, banyak dicalonkan dan menang as Best Actress.

aku dah 2-3 kali ulang tengok tak bosan. salah satu faktor dia maybe pilihan pelakon yang betul. jangan jadi macam Terminator Genisys. hahaha tetiba. 

ok bai.