Thursday, April 30, 2009

Siapa Benci dan Gila Menyampah Pada Aril AF 7??

SIAPAKAH TOP 1 BLOGLIST BAGI KAUM LADIES PADA BLOG AKU?

TIMA KASIH KERANA DPT BUAT OTAK AKU BERFUNGSI PAGI2 INI. HAHAHAHHA

Tag ini memerlukan kreativiti anda untuk mencipta soalan. Jawapan kepada soalan adalah soalan yang anda reka sendiri. Maknanya,orang lain kena fikirkan jawapan anda tu berdasarkan soalan yang anda tulis dalam ruang jawapan.

Nama tag ini adalah Jawapan Yang Menyoalkan.

Georgetown ibu negeri bagi negeri apa?
DULU AKU BELAJAR KAT MANA?

Apakah warna langit pada waktu malam?
TAIK LALAT KALER APE?

Berapa haribulankah pada hari Isnin yang lalu?
BERAPAKAH UMOR AKU DUA (2) TAHUN LAGI?

Tanam anggur juga merupakan suatu pekerjaan kan?
KAU RASA MACAM MANA?

Apakah lagu opening bagi cerita korea Memories of Bali?
ADA TALIAN HAYAT TAK?

Namakan negara tanah tumpahnya darah anda?
MELAKA LETAKNYA DI NEGARA MANA?

Apakah hadiah yang baru saya berikan kepada kawan saya?
AKU SUKA MAKAN COKELAT APA? ATAU LEBIH SENANG, APA NAMA BLOG AKU? AKISS . . . .. . .?

Kimono pakaian traditional negara mana?
KALO AKU PIYET, AKU AKAN SEBUT AKU SDG BENDERA . . . . .?

Apakah rancangan yang disiarkan oleh tv3 pada setiap hari jam 8 malam?
SURAT KHABAR ...... HARIAN?

Apakah yang digunakan untuk menangkap gambar?
KAU RASA-RASA JURU-KAMERA PAKAI APA NAK WAT KIJO?

Pukul berapakah 2 jam sebelum pukul 1 tengah hari?
HARIJADI AKU JATUH PADA BAPA HARIBULAN SEPTEMBER???????? ATAU AMERIKA KENA SERANG PADA .. SEPTEMBER 2001??

Apakah makanan yang terdapat dalam kelas makanan paras ketiga?
CARA-CARA BUAT TEH TARIK ADALAH..TEH CAMPOR??????

Siapakah yang anda ingin 'bengongkan' dengan soalan-soalan
SIAPAKAH YANG BENCI GILA DEKAT ARIL AF 7 SAMPAI MELUTUT XNAK ANAK DIA MUKA MACAM ARIL? HAHAHAHHA

kepada kaum2 anti aril sila jawap. hehe

Wednesday, April 29, 2009

Kad Kawen Si Senah

hai. nak cite lagi, alah boring kan. asik2 cite benda2 berlaku dirumah, sori lah, kat sini xde cite..semalam i lepak setabak, i lepak NZ, i lepak midveli, i lepak pavvy segala. so kat sini..cite cmni..

semalam i dok umah, lepas kije. dah dapat kad kawen Ada Sakura. so, Cik Kak Farrah Senah yg nak kawen sibuk la membayangkan nak kad kawen camno. so ini lah pencetus idea beliau.dari majalah Pengantin Dis 2008 (gambar kiri).

so aku Cik Kak Akiss Saodah dengan konon bajet designer melakar ikut arahan Cik Kak Farrah Senah.



contoh beb contoh, aku sedar, mmg buruk lukisan itu. hih

cuba bayangkan kad english style, pink + puteh. wuuuuuuu. ok, skg GOOGLE : wedding dress sketch. contoh nak wat cmtu laaa. hihi

so bila siap melakar. dialog nya..

"Fuyooo Dah! ..pandai ko tulis Dah, berseni dowww.. ko ni mmg minat eh?"

"Yelah Senah, dulu sejak sekolah aku mmg suka menconteng buku teks segala, buku conteng aku penuh dengan tulisan cantik2.. dan NAMA ORANG YANG AKU MINAT..contoh camni..."



ngaaaa. contoh la..contoh. sebenarnya semalam aku tulis nama orang lain. ngee.

"ok Senah (atau nama ketiga Jehan RL 3 - nnti cite lenkali), skg orang semua dh taw ko dah nak kawen."

ok bai!

eh jap. ni nak bakar Kak Lidya kasi PANNAAAS PANNNASSS PPANNASSS...PUSINGGG PUSING PUSINGGG! hahha.

aku baru abis donlod mp3 Aril - NAKAL. ok sambung bergelek. ngahaha.

ok bai!

Tuesday, April 28, 2009

Kaler Belacan? wtf


semalam sembang2 ngan kak iza. dorg baru balik dari kelate ahad malam tu. semalam kepoh la masing2 nak bercerita. kak iza dgn excitednya.

"kissss... akak dah taw dah apa nama kaler ko tu!!" sambil tergelak.



ok....sebelum ni, kaler feveret aku tu digelar KALER AKISS. sebab kitorg tataw nak panggil apa..nak kate pink, tak jugak..pepel pon tak. dorg dah macam paham sgt dh aku ni, pegi mana pon, beli apa pon aku suka benar kaler tu.

contoh adalah di carta kaler di atas, rujuk Loveable, Pottery Red, dan Regal Red, area2 tu kaler aku. hehe. ok lg senang tgk baju raya aku. nampak kaler cmne?

adik aku mmg biadap, memperlekehkan kependekan aku

ok sambung cerita si akak.

"masa akak pilih batik kt sana kan, ada akak tu cakap kt akak...DIK.... NEHH.. HOK KALER BELACE NI ADO BANYOK NI.. hahahaha.. terus akak petik nama AKISS!!!!"

BELACAN?

haih. aku taw la aku ni org melaka, feveret kaler pon belacan. hihi. ok skg no more KALER AKISS, sudah tukar, KALER BELACAN.

wekkkhh..

Sunday, April 26, 2009

Isu Hangit Dis Weekend.



isu hangat minggu ini, dari ofis aku hingga ke umah, hingga ke fesbuk. St.Bukit Jalil, Kuala Lumpur dah bertukar St.Bukit Jalil, Kelantan. ngee

Info 1.
Of kos aku Red Giants suppoter since kapten comel Amri Yah!Yah! mula2 main dgn Selangor. Ingat zaman kegemilangan Selangor? 3 tahun pegang Piala Malaysia dari 1995-1997?? huhu, best btol zaman Azman Adnan, Shahril Arsat, David Mitchell, Tony Cottee...bla bla bla. dan ingat tak lagu Viva Selangor ciptaan KRU yg pemain2 nyanyi tu? huhuu.

Info 2.
Pengakuan Ekslusif. Ingat Si A dan Si B? Kedua2 mereka berasal dari pasukan lawan, Pasukan Pahlawan Merah. Jgn persoalkan hal ini. So, match semalam agak pening siket bila orang asik tnya "ko sokong mana?", ughhhhhhh.

dan tgh sedap2 tgk match ini, ada kawan di fesbuk, menulis "ha ha ha ha...ARIL out...".

ok dari FA cup, kita ke AF 7.



waddd-dddd? aku macam tekejok. Aril out? ok, suka tgk adik "Izwan Pilus" sorg ni, comel kan? suara pon macam sexy sexy husky gitu. dan ramai org kata die ni anak murid kesayangan cikgu2 af! siap ada www.aril-lovers.com! itu yg aku tekejok. cmne boleh tersingkir awai?

ok, bagi pendapat aku. gadis2 yg selalu vote utk aril meluat tgk Marsha tu gedik2 ngan aril kot? siyes, aku pon meluat tgk marsha tu, gedik je masa aku tgk siaran ulangannya tadi. haha.

ok since aril out, aku dh xde sebab tgk af lagi, mmg dlm peserta2 yg tgl, satu pon aku xminat. yela, tiap2 minggu asik merosakkan lagu!




oooh. finally, dah top3. agak mendebarkan. komen :

1. of kos aku suka Tomok kali ni, sumpah, aku baru suka dia since oiam ok, bukan masa sejarah mungkin berulang yang sengau2 basah ok? feveret ku masa nyanyi lagu Gantung, arhhkk..mental calar terus aku dgr. ngeeee, xlupa penangan Crazy In Love.

2. eshter? ntah la, she can sing, tp agak pelik suaranya bila nyanyi lagu melayu, mcm kartun kdg2. hee.

3. aweeeeeeeeeera. yeah, mmg ada aura bila dia dipentas. mmg bila atas stage macam dah konsert die. ingat masa David Cook dulu? huwww. tapi, aku harap kalo dia masok final, dia akan nyanyi lagu rock yg slow, sbb semua org dah taw die mmg boleh jerit. ngee.

ok, soalan utk minta bantuan.

MANA NAK DAPAT TIKET TGK OIAM3 GRAND FINALS? NAK KENA G SRI PENTAS KE?

itu je isu weekend ni, sbb weekend kali ni aku dok umah sahaja abiskan masa tgk tv.

ok bai.

Malaysia skg mmg hangat kan?

Saturday, April 25, 2009

oh wanita..

semalam mengisi myk keta di shell, presint 8. tiba2 mata ku nampak benda yg tak biasa aku nampak di pam minyak. beberapa gadis-gadis memakai skirt pendek atas lutut.

yela, biasa bangla-bangla busuk kan tanya korang berapa? sepoloh? biru ka hijau ka?

Align Center
berjaya curik2 amek gmba akak v power.

rupa2nya nak pomot minyak V power tu. ok, again n again, wanita dieksploitasi. mungkin ini cara terbaru dorg "jual minyak". ngeee..

ok bai. sambung tgk bola.. selengor vs kelate deh? ngaaahaha.

*update*

hehe.of kos selengor mnag. ejah lagu tahun depe deh? haha.
dan dgr2 ada gado besar kat bukit jalil, what the f?? pasal bola pon nak gado?? huhh! dah la Si B ada kat sana!

haha. ok bai.

Friday, April 24, 2009

Mimpi Yang Sempurna.

ini entri ke-300.

malam tadi aku mimpi Zahiril Adzim @ Bob balik kampung dengan aku, stay umah kampung aku untuk berehat. seronok betul, bayangkan lepak dgn famili aku sekali? kitorg sembang kt bangku laman, di ruang tamu.

siyes dalam mimpi gile jelas muka dia, xde kabus2 atau gelap spt mimpi2 biasa.

terjaga dalam 0455pagi. aku macam xpercaya itu semua adalah mimpi! arhh. terus teringat status dia kat fesbuk...

Zahiril Adzim : berangkat berehat, di luar KOTA LUMPUR. on Monday.

dan terus tdo balik. hehe. ok skg cekidaut blog Dia.

eeek. seram je aku ni.

Thursday, April 23, 2009

Pekak Badak!

INSIDEN 1.

Malam Sabtu dalam kul 8 lebeh, akak ku sedang bersiap nak kuar.

"Ngah, jom g JJ Bukit Tinggi"

"Tak nak ahh! gila ke nak naik bkt tinggi memalam ni???" aku jawap dengan angkuh.

"Pegi Jaya Jusco Bukit Tinggi la bod*%, ko la gila, bkn bkt tinggi pahang tu!"

"Ok Jom!!"


INSIDEN 2.

Masa mula2 lapor diri kt opis ni..turun Aras G (Ground) menggunakan lif . Sampai je aras G, Suara lif berbunyi.

"Aras SALAH!"

aku ter'stop' melangkah. pandang keluar, eh btul la bawah sekali ni! dalam hati aku pelik dan marah, bodo punya suara robot lif! rupa2nya bila esoknya aku dgr elok2...

"Aras TANAH!"

oh..ok. ngeeee..senyum kerang.


INSIDEN 3.

Masa naik bas, duduk sebelah E Is, kawan satu opis.

"Haaaa Kis, tu la boyfriend E is! tu yang baju biru tu..."

"Oh yerrr?? Kenal Katne? Dah Lama Kawan, Senang kan Bf Satu Opis??"

"Ape ni? Itu BOS saya lah!"

terdiam, buat2 pandang tingkap, menjelir lidah sendiri, malu nyaaaaaa!

ok bai!

Boling Kekentang

petang semalam, ada tournament bowling utk puspanita. ok, bila aku sebut puspanita, makna nya persatuan perempuan2 ok? xde lelaki. masa ni la aku rasa lapang. hehe.


konon strike la tu? hehe.

aku x main, sebab aku sedar bahawa aku ni juara longkang dan kurang daya tumpuan, so, xyah la buang tenaga. hehe. so, sambil2 amek gamba, macam biasa aku jadi babysitter. hehe. syok syok!



kaki comel.



comel comel comel macam nak picit-picit!! arhh!



"nana nape ni..nak 'cucu' eh..sori lah, kakak antu kopek xde cucu laaa..." ngee

lepas penat jaga anak-anak, aku makan. makan, dan makan. semua fries aku sambar, mana tak nya, setiap lane aku pergi, "kisss, makan kis, ko amek gamba kena makan banyak!"



ok mengumumkan...biasa berat aku 49kg-50kg. tapi berat terkini skg adalah........55.4KG. ok tepuk tangan utk diri sendiri. siyes aku dah x berdiet. semalam ekin asik sound. "dah, benti kis..overdose nnti." ngahahaha. overdose kentang aku semalam.

ok, termasuk semalam, Piyan tegor aku dah tembam, dah 6 orang lelaki kata aku gemok. siyes bila lelaki tegor kite gemok..mmg lain siket penangan nye. tapi skg aku dah x kesah. hehe. baru la mantop gemok2. haha.

ok bai!

Wednesday, April 22, 2009

Si A dan Si B.

petang semalam. g makan dengan A after opis hour, di restoran Chaiyo Gate 1 Putrajaya, btol ka eja??

ok. penjelasan. aku dah berkawan balik ngan A, salah satu sebab utama, utk lupakan B.

masa makan, bergaduh dengan A, sampai tak bercakap sepanjang makan. habis makan. masuk keta, jalan. u-turn kat SOHO atas tu.

tiba2 nampak keta. terbaca no plet. ABC..123...deym! kete B. meremang bulu roma. rasa seram satu badan. mata terbeliak terus. ok, nampak dah B. terus tutup mulut dua2 tangan, harap-harap dia xnampak.

huwwwwwwwww. jantung dah macam kena serangan.

nasib baik B dengan kawan lelaki dia.
(hmm. nampak sangat rasa itu masih ada cik akiss.)

malam.

kol A, "awak..kalau awak x boleh layan saya baik2 macam dulu, dah x boleh terima saya macam dulu, kite putus k. sy dah bosan dengan janji2 kosong awak tu. dah 5 tahun benda yg sama lah!!! saya dah x percaya cakap awak lagi. jangan carik saya lagi lepas ni."

putuskan talian.

Tuesday, April 21, 2009

Hai Kawan!

malam tadi. even mengantuk gilebebeh, aku tahan gak mata. semata nk tgk Paris Nu BFF. masa elimination kan, Paris amek rakaman kawan2 rapat setiap peserta, bukan saja kawan rapat, ex-bf dan musuh terketat dan tersendat kau.

mmg gelabah la masing2. lagi2 masa Corrie. no komen la die ni, nmpk baik, or maybe org jeles die ni santek?

ok. ekceli aku takda musuh. tapi tataw la kalo ada org menyampah kat aku. aku xkesah. cuma nk cite pendek je. dulu masa zaman . . . . . .., aku ada kawan rapat, ke sana ke mari nak sama-sama, rahsia pon kongsi...Perempuan namanya. Bila dah rapat..mestila aku bgtaw kan sapa aku minat kan? sapa aku suka kan? die sorg je tahu rahsia tu.

tapi. bila tamat zaman . . . . . . . lost kontek jap. tup tup. tgk kat friendster. omaigod. die kapel dgn budak laki yg aku suka, yg ari2 aku dok cita kat dia.

korang taw apa rasanya? sentap doh, macam kena sebat2 hati ni doh. rasa dikhianati, hilang kepercayaan terus. tapi aku tak kisah, aku buat macam biasa dan buat tatahu. mungkin salah aku jugak, tak pernah terus kat budak laki tu.

tapi ingat. what goes around comes around. malas nak cite ending nya.

so sejak tu, aku mmg susah nak rapat dengan someone. aku suka kawan ramai-ramai. aku kawan 50-50. xnak sayang kawan lebih2. sumpah, sampai sekarang. lagi2 perempuan. sebab tu aku suka kawan rapat dengan lelaki, bukan nak menggatal ok?

dan aku dah tak ingat, ntah bape kali aku dah terkena, jadi kawan bila masa susah.

arhhh!

Monday, April 20, 2009

gila.

terima panggilan telefon dari Kwan tengahari ini.

"kissss, bulan enam, 6 haribulan, ade job, kawan aku kawen, kat sungai petani, ok?"

"oh yer? ok kot."



060609 patutnya tarikh aku........., tapi tak jadi. jodoh kan?

bukan dalam tangan kita kan?

oh, gambar di atas eh, gambar tghari tadi, lunch hour..ye, mmg giler.

"macam mana kau boleh bertahan eh? aku tak boleh la" aket tanya..

"sapa kata aku dah ok? hahaha" jawap dengan gelak kelat.

** dah lapan belas kali ulang lagu BLURRY - PUDDLE OF MUDD.

Sunday, April 19, 2009

Malam Koboi-Koboi Sesat Berkumpul.

warghhhhhh. seronoknya my sabtuday. antara aktivitinya adalah, bangun pagi, makan nasilemak, tido, makan balik, tido balik, makan, tido, tido, dan tido. hutang tido terbayar, siap sekali ngan interest! haha.


ok, inilah majlis yg aku sibukkan sepanjang minggu. huhh. settle sudeh. macam2 kije kena buat, jurugambar, usherer, pelukis, pengecat, babysiting, haha. dan macam2 lagi. mmg gila kuasa!

spt yg aku penah cite dlm entri lepas, bahagian aku menyambut harijadi ke-37 pada 17April lepas, dan dinner berkonsepkan Wild Wild West. yeeeeeeeeeeeeeeha! harap bersabar kerana entri ini akan jadi entri terpanjang aku. ngee.


malam 16hb, majlis sambutan dimulakan dengan majlis tahlil. disebabkan aku 'bendera jopun', maka dengan syoknya aku jadi babysitter sementara ibu2 mereka solat. uuuuhuwwww.



penat jage anak, sambung kije amek gamba, kendian, masa yg dinanti telah tiba.. MAKAN TIME! best benor, macam makan mcm ni. heehhe.



oke, pada pagi 17April, perhimpunan dan perasmian majlis sambutan dijalankan. nah, amek, macam "red carpet" tak? boleh plak posing dulu baru masuk dewan. kakakkaka. inilah akibat bila jurugambar buat dua kerja sekaligus, dah jadi ''penyambut tetamu bergambar" hehe



huhh, seb baik pagi ni Azmil ade gak amek gamba, boleh la aku mengelat. hehe. so aku duduk je la, sakit perut lak time tu. tapi, masa habis majlis..nak iring VIP masuk makan, Hj.Iskandar panggil, macam bapak suruh anak je.. "Kis, masuk..amek gamba, makan sekali". aku macam.. ohh..ok. dalam hati.. baru nak lari. hahah.


habis je majlis perhimpunan pagi itu, persiapan dewan dimulakan. siyes, mmg kreatif dorg. tugas aku adalah menjadi pelukis. haha. dh lame x main kaler buncho tu. hehehe.



malam yg dinanti sudeh tiba. "Que Haidar" pon datang wehhh. tp masa ni die gemok siket. kahkahakhakhakha.
ok skg tgk, kerusi-kerusi kami pinjam di sekolah berdekatan. nk hidupkan mood koboi kan? hehe



turut hadir, Radzwan Radwil dengan rekaaan terbaru. ngaaaaahhaha. jambu shiiiiiaaal! kahkahaa. oke beg itu adalah beg telekung aku lah. haha.


antara persembahan2 menarik. tak sangka ko PEJAn, pandai rap ye! ahahha.



ok. skg korg dibenarkan gelak sampai besok pagi. kahkahakha. kenalkan, Jembalang Telekung Bertopi Koboi. aku mmg xberenti gelak masa pakaikan telekung tu kat dorg. dah la x muat muka! hahahaa.



chaaiiiit! tutup muka konon. SEKILAS PERUT KORANG KAT PENTAS tu aku boleh cam la sapa. hahahahha. the bujang lapoks. thanks pejan utk ini gambar. hehe.



ok, persembahan gedik. haha. nyampah je aku. dan, gambar bersama peminat. en.muhti, behave k, tangan tu jgn nak over. kang aku report KP kang. haha.



menjeling-menjeling ku bertentang... mata kita saling memandang... hahahahha.



"ooo...buat sepah ye, lepas apak nyanyi, korang sapu balik semua ni k.." kata Hj.Iskandar kepada anaknya Aina. ngeee. dialog rekaan je. sweet doh masa ni.



ok. Tuan Roslan usha pekat sebelum menyanyi.ok akis, kau patut rasa seram skg.


acara terakhir, pemenang pakaian terbaik. yg menang adalah pada gambar yg kanan sekali. tahniah Encik Firdus. ngee.



barisan pengurusan tertinggi bahagian. ok. boringnya amek gamba mcm ni. "errr..boleh buat free style siket??"
Align Center


ok, this one better. err. Tuan Roslan, senyuman ragamu mmg mahal kan? tgk la..sikettttt je die senyum hihihihi.

ok. cukup setakat ni. hehehhee. dah abis daaaaaaaaaaaaa.

ok bai...okkaaaayy..okaaaay. gambar aku plak ye? ok. siket je ni.



ok ok, even aku dah pakai boot. aku masih nampak KERDIL di situ. arghhh!



encik Izwan Pilus, kan I dah suh tahan nafas kaver perot, tgk macam Jaha, berjaya menyembunyikan perut beliau. hahaha. ok dari kiri, Mohd Shahrul Izuan bin Mohd Noor(Izuan (Izuan Pilus aka S.I), Mohd Azyzy bin Ashaari (Azie), Azhar (Jaha) bin Mohd, Hasnul Hadi bin Bakar (BotakKota), Bazardry bin Abu Bakar (Je-Bard) dan Redzuan bin Yahya. bos mereka, Yahya Sujak xde.


muka mintak penampar berkembar dari Azy dan Bard!

ok. ketiga2 gamba di atas menunjukkan "pacik-pacik sekeliling aku" yg selalu aku ceritakan. masih ada 5-6 org xde dlm gamba, missing in action. dorg ni la yg menjaga aku, ketika suka duka, sakit segala, dan tukang beli VITAGEN, dan tukang beli 100plus bila aku demam. tp, kadang2 aku yg jaga dorg, seperti membuat air kopi, membuat nestum segala...haha.

hehe kan aku penah cakap, tmpt aku, aku sorg je pompuan. muka dorg ni lah yg hari2 aku tatap. hahah. bukan sng nak dpt gamba dorg semua ni, maklom la, antara unit paling sibuk di opis aku. ngahaha.


bersama apak angkat, En.Rahim sebagai Ketua Red Indian, dan Ah Kong. budak ni mmg comel.

ok siap. habis suda entri. tahniah kpd pasukan persiapan majlis kerana berjaya menjayakan majlis yg meriah! tahun depan adakan lagi ye. heheh

ok. dah berjam2 aku buat entri ni. nnti ada gamba aku letak lagi jika ada kesempatan.