Thursday, December 19, 2013

rempit photography :D

#TahukahAnda filem Yes Man [2008] banyak memberi kesan kepada aku bukan hanya kerana ada kakak sayang saya Zooey Deschanel?

ini hasil rempit photography semalam balik dari zumba (amboi kau lutut dah okay kew?), cuma taklah seterel Allison dalam movie ni dia yang bawak, dia yang kemho kahkakah! kau tunggu je aku dapat lesen nanti aku buad menunggang sambil selfie :3

 
 
 

#selfierempit #swag #nofilter

ok bai!

52kg



u got ur body back - Aket, 2013.

ye, kalau turun sekilo je lagi menuju 51kg memang berat aku masa mula masuk keje dulu dimana budak-budak umah aku tuduh aku ambil "barang" sebab terlampau kurus T_T

rahsia dia mudah, jangan makan nasi, makan hati. #deep.

yelah-yelah, ni nak topup berat balik lah ni :D

ok bai!

Monday, December 16, 2013

lutut

penat. dah dua minggu ni baru pagi ni terasa.

orang yang betul-betul kenal aku je tahu kenapa aku buat kerja-tak-duk-diam-pergi-sana-sini-sampai-penat lately ni. 

ini adalah cara aku :))))

ahh sebenarnya last week punya luka berdarah di lutut tak sembuh lagi dalam kulit terkopek nampak isi lutut.tak termasuk lagi lebam-lebam biru pendarahan dalaman yang aku baru perasan semalam konon main bola api  lupa situ jalan tar nak tunjuk skil jantan kau sampai 2-3 kali jatuh tapi yg last semacam pedih sekali selak seluar darah dah mengalir T_T, nasib baik air mata tak mengalir. masa cuci mmg sengaja cuci dengan kak atma sbb dia kaki gelak sama aku. so cuci tahan pedih sakit sambil gelak. aku tak ingat bila aku makan panadol, tapi bisa berdenyut luka ni punya pasal, aku makan jugak. saketlah setan! padahnya sampai hari ni aku tak berani pakai jeans, sbb takut melekat kulit ke kain, sbb aku tak suka tutup luka pakai plaster. nak training dance pun tak boleh sangat dah. nak semaye pun payoh sbb nak sujud tu macam orang cacat dah aku ni.. tu tak cerita lagi dua hari selepas tu aku masuk gua merangkak dalam sungai buat rockslide bagai. hasilnya luka berdarah kembali kahkahkah. ok dah habis mengadu!

nah bukti.

nampak macam sikit kan?  T_T

lepastu pagi rabu dapat "nota manis" dari budak unit


mmg tersembur lah aku gelak sebab isnin aku cuti konon MC sbb penat, luka lutut tak baik lagi pastu selasa pergi masuk gua. dah la siap tulis atas kertas target menembak aku kahkahkah! eh bab menembak pun tak sempat cerita di sini T_T

ok bai.

Wednesday, November 27, 2013

hiburan hari ini. eh memang aku kalau bukak fb ini je aku hadap, group arsenal. 

kerana di fb perlu berhati-hati kerana mak aku dah aktif (ntah sape dia monitor tah kahkahk, jgn dia ada twidder cukup) dan memakcik dan pepakcik pun ada. so kena behave. insta pun aku kena behave sebenarnya sebab ada pakcik dan sepupus follow. ;p




komen yg bawah sekali tu abaikan, (oo) betul. dalam banyak2 komen, aku suka "kawe legend", kahkahkah!

so gooners and gooneritas uolls pi join ARSENAL MALAYSIAN SUPPORTERS(AMS) sana!

ok bai!

Tuesday, November 26, 2013

sopan

betullah member aku pernah kata, "balqis tu kalau cakap lembut-lembut sopan-sopan bukan dia tu, baik korang check betul-betul ntah-ntah hantu dia" 

dan ada satu hari tu jugak adalah orang tu gelakkan aku bila aku report mana aku pergi, tanya dah makan ke semua tu  "bukan kau ni taw, caring semacam kahkah!"

samalah macam lasat week tu aku call kawan ajak keluar lunch dorang kata apa? "bukan perkara biasa ni akiss yang ajak kite kuar makan, selalu kite je cari dia.. "
hakhak!

teruk sangat ke perangai kasar dan uncaring aku ni? :p


nampak? dituduh kena rasuk sebab jadi caring dan sopan. kahkahkah!


oklah pasni aku cuba ubahlah. ke tak payah? ;p

ok bai 

Friday, November 15, 2013

Monday, November 11, 2013

remember this face.


muka-puas-hati-dah-lama-tak-score-dan-geram-sangat-kat-arsenal-dengki-kat-ozil-akhirnya!

HAHAHA!

ok bye.


Friday, November 8, 2013

ram

tahukah kamu, dari macam  ini...


sekarang macam ini,


and... 


faham ke? 

maksudnya aku baru potong rambut yang disimpan selama 2 tahun tu, panjang samp bont tahu. nasib baik tak menangis, kahkahkah. now rambut aku dah kembali sihat, hitam and back to rambut-tak-payah-sikat-limanam-hari-pun-takpew! wiwiwiwiwi, maka dengan ini aku bertaubat dari keje gatal bleach-bleach rambut ni :B

tapi bila balik rumah tengok depan cermin macam panjang lagi. sebenarnya aku aim macam mek kimbra sorang nim. eeiii geram pulak saya ni.


ok bai!


Thursday, November 7, 2013

:).

jatuh lagi. macam biasalah tengah nak lari laju sikit, terkelendat, jatuh tersungkur lagi. lutut kanan tak baik lagi, tambah lagi. 

kali ni aku nak duduk lama mengadap lutut dan tapak tangan yang berdarah ini. sambil berkata "kenapa hidup Balqis tak mudah?"

deep an?

pastu sambil tengok gambar troll man. u di bawah (tahulah edited). nakal Özil nii kahkahkah. yup, kurang pisang aku bila tengok prestasi pasokan tersayang aku semakin power macam setan ni! 

*peluk giroud ketat-ketat*


ok bai!


Friday, November 1, 2013

30

rasa seperti mahu menulis.

err..takpelah.

ok bai.

PS : 2 bulan menuju 2014, 30 tahun.

Sunday, October 13, 2013

pokok


bought this plant last year at ikea. and trust me, i never touch the leaves, even once.

eh balik dah trip dah tak pandai cakap melayu pula.

ok macam ni. selain orang cakap aku ni pesen "butterfingers", clumsy, suka tercederakan diri sendiri, aku juga dipercayai mempunyai jenis "tangan panas", jenis tak boleh bela pokok, apatah lagi binatang. 

wtfbbq punya kepercayaan entah.

tapi berdasarkan pokok ni, memang betul. aku sayang pokok ni sebab beli masa err..so aku buat keputusan "ape kate siram je, takyah pegang..langsung."

and, tadaaaa!

dah setahun tak mati-mati. elok je disitu, daun yang kering, luruh sendiri.

so yeah, aku dah amalkan kat orang.

aku baru faham maksud "kalau sayang, lepaskan".

tenang hidup aku.

itulah aku yang belajar seminggu dua ni. kahkahkah si lembabs. ok lah, kamuorang tak faham eh? peduli apa aku ;p

"If you love Batman, let him go, because Batman Returns"

ok bai!

Monday, September 9, 2013

macam raya.




dalam ratus-ratus gambar majlis kahwin adik aku, aku paling suka moment ini.

Last sunday, baru bangun tidur dengan tak mandi terus turun bawah dari tangga aku snap, this perfect view.

Perfect view : ada family, ada kawan yang dianggap family dan ada sarapan sudah siap tersedia. Aku makan 2.5 keping roti canai pagi itu :p

Walau tak semua ada, tak semahal mana, ada rasa sempurna :)))))

Nak tiap-tiap hujung minggu macam hari raya 13 tahun dulu macam ni boleh ke? :p

ok bai.

ps : Al-Fatihah untuk yang sudah tiada, arwah Abah, arwah cik Zizah, dan Atuk Nenek.



Thursday, September 5, 2013

Özil Is A Gunner!

wah sepatutnya aku nak update pasal wedding adik, tapi kerana darah goonerita yang mengalir dalam diri ni menyebabkan aku nak post pasal ini.

tadaaaaa! baby baru Arsenal, it's Mesut Özil! (baca)






dah 2 hari masih hangover pasal berita hebak ini. tak sabar tunggu dia beraksi di padanglah setan!

CÖYG!

ok bai!

Saturday, August 31, 2013

merdeka.

pukul satu malam merdeka aku dengan adik aku baru siap susun bunga telur dalam kotak sambil melayan muse - muscle museum dalam handphone aku.

wow, this is new. dan pelik sikit.

esok, 1 September adik aku nak menikah. 

orang yang kenal aku tahulah macam mana rapatnya aku dengan satu-satunya adik aku ni. perasaan dia sekarang macam-macam, gembira sedih semua ada tahap kosong dah ni.

semoga segala urusan dipermudahkanNya.

ok bai!

Thursday, August 22, 2013

The Conjughing

pertama kali tengok dengan fanandyan, last day keje sebelum cuti raya. pengaruh twidderlah ni, sumpah tak tipu sakit dado den walau dah keluar wayang 3-4 jam selepas menonton.

aku kan, kalau tgk cite hantu kat wayang paling teruk mencarut sebab terkejut. tapi bila conjughing ni siap tutup muka jerit "aaaaaa taknakkk babi! jahat!" kahkahkah. setan betul ni. eh pi tengok sendiri, masih tayang lagi kot.

tapi, kali ketiga tengok dah tak berapa takot dah :p

 hero yang sama dengan Insidious. by the way, Insidious II this September 13, 2013.

ini scene kegemaran aku. amboi biaseee die ni kacau orang sidai kain!

tapi ada scene macam drama melayu sikit, contoh seperti badan lebam-lebam, kaki kena tarik, pastu adegan rasuk tu. hehe.

The Perrons Family, cantik-cantik kan. ada Renesmee :B

yeap, movie ni based on a true story. patung Annabelle tu memang wujud sampai sekarang ada disimpan kat muzium. agak serrammm nih. kalau rajin meh lah baca sini.

aku rasa lah, yang real punya (kiri) lagi seram dari yang kanan. 

aku dah tahap obses dengan cite ni, hari-hari dok kaji. lepas tu bila lelap mata nak tidur terbayang-bayang. kahkahkah. takut tapi mahu. 

gambar raya yeeee, malas. pi tengok kat instagram.

ok tata! eh.

ok bai!


Friday, August 2, 2013

Thursday, July 25, 2013

sahur in bed

wah, dah separuh ramadhan! how are u guys doing?

puasa kali lain macam pula perut aku ni, seminggu lepas memang tak boleh makan nasi langsung. ingat sebab period. tapi sampai ke hari ni kot. memang sahur-buka makan ringan-ringan sahaja, makan bubur seperti bayi. kalau makan nasi, dia jadi macam...err..

aku bukan apa, risau sejarah mungkin berulang new boyz je. kahkahkah, 15 September 2008 rupa-rupanya peristiwa Wad 3B Katil 9 ni 5 tahun lepas, rasa mcam baru je warded. haih.

so yeah, dah dua minggu puasa memang makan di rumah dengan Aket. jemputan berbuka di luar pun aku banyak tempis. weekend balik berbuka dengan famili. ya, ada kurang. ramadhan pertama tanpa Abah. it is okay, tabah je aku. hari 25hb Julai, dah 5 bulan. Al-Fatihah.

ya, kalau nak tahu tiap pagi sahur kalau tak milo panas, nestum, apple ni saje jadi makan untuk sahur. wahhh swag gitu. kalau rajin goreng nuggets. ;p


this raya would be different. a lot of different. macam mana nak hadap, aku tak pasti lagi. dan, ya. baju raya tak beli lagi :p

ok bai!

Friday, July 19, 2013

ashraf muslim abby abadi wtfbbq?

semalam perempuan-perempuan emosi dengan ashraf muslim kahwin lagi satu, hari ni perempuan-perempuan emosi abby abadi menikah dengan pakwe muda. 

alahai kelakar. benda biasa. tipikal. 

ye aku tahu, aku tak boleh komen lebih sebab aku ni sendiri sekali pun belum menikah. tapi apa yang aku tahu, kau atau aku bukan Tuhan nak hukum sesiapa.

suami bukan Tuhan.

suami itu lelaki.

lelaki tetap lelaki.

itulah silap perempuan. seronok sangat tenggelam dalam fairy tales kau tu. jangan terlalu taksub dengan bahagia yang sementara ni. 

ye, aku cakap macam aku ni takkan menikah pulak. i will, in one or two years, Insyaallah. apa yang boleh aku buat, redah je lah.

bab hati ni, kita tak boleh control. hati ni milik Tuhan, anytime Tuhan boleh balikkan.

kalau satu hari nanti suami aku nak orang lain, KENA redha je lah. itu memang amalkan dalam bercinta pun, kau ada someone else. go.


duniawi kot. duniawi. semua pinjaman belake. dunia mana pernah adil :)


bagi aku kalau break bersebab ni tak berapa nak sakit. at least kau tahu kenapa dia taknak kau lagi. walau sakit, susah macam macam kau akan move on.

dari kau kena tinggal tak bersebab. terus ditinggalkan, dibuang, didiamkan macam tu saja tanpa explaination. kau ingat senang nak move on? fobia lagi ada. mungkin selamanya takkan lupa.

aku cakap berdasarkan pengalaman lah, yang buat aku kuat balik adalah redha, dan terima. lupa mungkin tidak.

bak kata Tom Hansen & Summer Finn,

"Why  didn't they work out?"


:)

ok bai!


Wednesday, July 17, 2013

faktab

kahkahkah!

eh gelak dulu boleh?

nak mengadu sini lah kejap.

ahad lepas dah buat perangai, tengah solat zohor rakaat kedua tiba-tiba luka berdarah, memang #wtfmoment lah kan. 

lepas tu keluar setelkan hal adik, pastu belanja mereka makan sempena beday mak yang ke-50, wah dah jubli emas dah mak aku :')

pastu dia punya penat pesal tah, isnin kerja balik kerja bantai tidur dari 6.30 pm sampai 7.30am esok harinya. 13 jam tidur.

kepala otak?

tapi adalah aku terjaga kejap, scroll tl dengan buka sebelah mata. tanpa makan tahu?

lepastu kau tahu apa jadi hari selasa, mestilah lapar gila barbie khin :')

tapi tak sempat sarapan, keji banyak, sedar-sedar dah 2 pm. eh macam nama band kpop!

pastu kan lapar punya pasal kan, 3.30 petang aku dah roger geng bazor remdon aku. ye, skrg pesal tah aku jadi takut pulak jalan sorang-sorang kat bazar tu, padahal last-last year slumber je aku pi sorang-sorang kahkahkah

pastu kan, aku pun drift balik rumah lah, lepastu kan, konon nak balik terus kerjakan petung lepita kan, tapi malangnya kan, housemate berbuka di luar, kunci rumah takda, aku salah bawak kunci pulakkk!

lepastu aku up-kan lagi kebodohan aku dengan tinggalkan juadah berbuka aku dekat grill depan umah. patut boleh je lepak berbuka dalam kereta sambil merenung hiba tasik kan?

*tunjal dahi sendiri*

lantas berlalu pergi ke alamanda konon nak berbuka dengan *cough cough*

lepastu kan, sampai alamanda kan, tahu tak apa? kebocoran. you know bocor? alahai yang selalu berlaku di zaman sekolah teww? period bocor sampai ke bajulah, apalagi. masa tu aku rasa nak cekik diri sendiri pun ada. 

lepastu buatlah adegan jalan selaju cahaya menuju tandas dan disambung adegan membasuh baju di tepian sinki. cam cib hahhahaha. thanks kepada pengering tangan yang berfungsi dengan baik :))))

keluar je tandas kan, jalan depan sikit ada dua orang mat gomen lepak pastu tanya aku mana food court. eh malas pulak nak cite bab ni, sakit hati ada :p

pastu tak jadi lah nak berbuka puasa bersama *cough cough* sebab tengah keji, aku pun tapau fries makan sambil jalan sambil lepak mph sejam. rare sangat perangai ni kan.

pastu baru sedar charger handphone tak bawak. tertinggal dalam paperbag bersama petung lepita yang aku tinggalkan depan grill rumah 

*hentak kepala kat meja*

pastu call Aket off handphone, kesudahannya kul 10 aku masih lepak mcd alamanda. nak save bateri punya pasal pakai wifi sini, sebab kalau on data mmg mati dah handphone aku teww. 

sekian. dugaan bertingkat-tingkat.

just another fucked up day. 

pastu dapat text "kis aku baru sampai rumah, handphone mati" , baru lega. berkicap jugak tunggu.

balik rumah disudahi dengan lepak sembang dengan Aket sampai kul 1 pagi kat meja makan sambil makan petung lepita :)

ok bai.


Tuesday, July 16, 2013




selemad puasarrrr to all our Muslim fans - Chester.

alahai pandai dah cakap bahasa i :')

btw, sesiapa-sesiapa yang belum lagi tahu more info pasal tiket, bolehlah rujuk SINI, bukan tanya aku eh, saya bukan ulat tiket anda.

perff sebulan lagi! 

ok bai!


Sunday, July 14, 2013

rararambut

tahukah anda, sejak hujung tahun lepas hingga awal tahun ni ada dalam limanam kali aku bleach rambut? dye dengan bleach lain taw. bleach tu macam kikis rambut pun ada, oklah ayat sebenar dia "luntur" kan warna rambut. aku guna ini, tapi tak ingat which colour.


tapi! not the whole head lah, hujung-hujung je, acah-acah ombre hair.

menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian jahanamlah rambut. dulu rambut aku ni jenis 2-3 tak sikat pun takpe, kadang pergi kerja aku uruskan pakai jari je, ikat, pakai tudung. sekarang? T_T

so, sejak rambut rosak aku memang tak boleh pakai shampoo + conditioner lain, selain dove straight and silky ni. try loreal pun tak jalan. 

power!

ok sebenarnya nak ejas rambut raya takda masa lagi, help!

ingat nak macam ni :


*joget pusing-pusing*

ok bai!

Thursday, July 11, 2013

re-blog matlufti : 9 Julai


Aku kembali ke sini. Ke tempat yang dahulunya kita pernah berjalan.

Bersama.

Ingat lagi kita lari dari hujan? Cuba menyorok dari rintik renyai malam itu. Di hentian bas kita menumpang teduh, kau lilitkan mafla pusing kepalaku, sambil mengomel

“Comelnya Luthfi pakai tudung.”

“Macam pakai kain kapan ja...”

Ingat lagi kedai kek di celah kota raya Victoria itu? Di antara perut pusat beli belah dengan mulut jalan, kedainya masih di situ. Masih seperti hari kita membeli beberapa biji macaroon pelbagai warna, 

sebelum kita membeli beberapa biji lagi warna yang paling sedap - ungu dan merah jambu.

Tiga kali aku cuba singgah Perpustakaan Negeri. Pertamanya tutup kerana terlalu awal. Keduanya tutup, terlalu lewat. Ketiganya baru sahaja sebentar tadi, tidak boleh masuk kerana terlalu banyak bagasi di tangan. Tidak mengapalah, bukan ada siapa pun yang mahu meneman beradu catur ke lewat hari.

Ingat lagi krim Vaseline? Dibawa kehulu kehilir di dalam beg tangan biru. Kita calet buat sapu jari-jemari dan bibir yang kering dek dingin angin musim sejuk. Aku tanya farmasis tempoh hari, krim ini boleh dimakan tidak. Jika ya, teringin juga mahu menjamah buat subur hati kering ini.

Aku masih tidak pandai membaca peta dan jadual tram. Bodoh dan sesat seperti dahulu. Hairan bila kau pula yang pantas menghadam arah, menidakkan stereotaip wanita buta peta. Ingat lagi aku pernah memuji kebolehan kau yang satu itu?

“Hebat!”

“Mesti la hebat, orang independent kot!”




Harapnya masih independent lagi sekarang.

Harapnya makin independent berseorang.

Sudah besar bukan?

Selamat Hari Jadi ke 23.

Semoga baik-baik saja di sana :)


Luthfi,
Tullamarine Airport,
Bye.




bila orang kelakar macam mat lutfi ni tulis something like this terus aku jadi pisang, haish mata masuk habuk :(

eh kejap, kira mat lutfi dah ade makwe keeeee ni? :p

ok bai!

Monday, July 8, 2013

weekend




eh macam banyak nak update pasal bagan lalang ini, tapi macam banyak pula masa saya kan? sempat upload kat instagram pun dua je gambar. padahal banyak gambar dalam hp ni ha. video #gediksikit tu aku lah dalangnya, dah lah tengah suka lagu tu. dah lah depan mak aku sendiri pulak tu. wahaha! 

ok bai.!

Sunday, July 7, 2013

kasut

i was watching KIL,

eh pesal ter-speaking london ni.

aku tengah tengok KIL aku terlelap, yeah sabtu hari tu beli dvd dia. aku terlelap bukan sebab movie ni boring, fav movie kot. redza minhat kot. tapi dah dua malam tak tidur betul-betul. abaikan.

masa terlelap 10 saat tadi aku mimpi ada orang sarungkan kasut kat kaki kiri aku.

dalam mimpi tu aku tarik cepat-cepat kaki aku, dan terus terjaga. ye, bila terjaga memang kaki aku terangkat ssikit

tak kelakar sebab badan berpeluh, nafas sesak. nak muntah.

eh pesal aku tak update kat twitter je ni?

sebab...

ughh aku nak buat maggi kari kejap. last makan 1 tengahari tadi.

ok bai.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 5, 2013

Taman Tasik Cyberjaya

pergi jog (dibaca 20% jog, 80% kemho) dengan Noreen kat Taman Tasik Cyberjaya hari tu, dengan aku senang, kalau rindu meh datang mengadap. eh? berlagak teruk ni kakaka!

eh, bestlah tasik cyber! next time nak datang lagi tengok "Beckham" joging tanpa baju :p nah sedikit view. eh, ok tak.

 



siap ada pulau, teratai bunga indah lagi. ada menara tinjau lagi.


inilah perangai noreen sebenar.  
handsome.

aku bila cakap aku joging, aku takdalah joging beriya-iya lari semua tu, since kaki kanan aku ni pesal tah dah tak vampire sangat sejak sakit ni ni tak leh nak pecut. so ala-ala kadar je, more to "riadah" ambil angin kasi berpeluh sikit dan apa lagi, ambil gambar lah!. hehehe. tapi aku buat 2-3 kali seminggu, at least kat jog track bawah rumah aku je. mula-mula rajin lah pakai RunKeeper, lepastu tak. kikikiki.

btw thanks for the visit Noreen, and makanan dekat TokioCafe semua nak sedap, aku siap dinner dua plate lagi! wahahah!

ok bai!

Maria & Mariana Cheng

dah lama nak cerita, eh takdalah lama. minggu lepas je ni terjadi lepas habis exam.

so lepas exam, makan kepsi kat the mines dengan kak Ket. adalah mamat meja sebelah tetiba datang ke meja kami. ntahnya tetiba nak ajak pergi convention office dia etc etc etc padahal nak mengorat si Ket teww :P

last sebelum dia blah, "apa nama awak, Maria eh?" sambil ibu jari menunjuk ke arah aku. aku apa lagi, "ish mana taw nama i ni ??"

pastu bila dia tanya nama Aket, "yang ni lak, sapa nama?"

Mariana.

kau tahu macam mana nak gelak sembur sambil makan coleslaw? 

aku saspek betul kat Aket, pikap dia lain macam sekarang ni. wahahaha. lepastu mamat tu mintak no fon,  aku kata tak perlu kot. end up dia bagi twithandle twitter aku siap search nama dia "ha yang ni kan? jap gi i follow"

haram. sampai sekarang lah aku tak follow, lupa dah kot nama dia.

tak, citer dia sampai sekarang aku dengan Aket panggil masing-masing dengan nama Maria & Mariana. kakakaka!



sakai pemalas bukak baju dalam fiting room. eh pesal sekeping sangat aku tu??

 ini malam sebelum exam, ada sedikit usaha pi mph midvalley beli buku. wakakakak. tapi kau jangan risau Farrah, tahun depan kau pi exam sorang-sorang eh? kami CONFIRM lulus both paper :P

selain usaha beli buku, kami juga ada usaha memanjat tangga paling di maeps. sekian. semoga saya dan ket ketemu lagi tangga ini tahun depan kahkahkakh!



Jun 27, 2013 | by skyherine on Keek.com

ok bai!


skyline


ingat aku pernah quote "jangan cakap korang tu bff kawan sehidup semati bff comolot selagi korang tak sanggup tadah muntah hijau kawan baik kau dengan tangan kau sendiri?"

yeah, dah setahun sudah peristiwa ni. bukan pengalaman pertama jaga orang sakit, masa mak aku dulu lagi teruk muntah post-operation dia sampai aku dah takde perasaan kemaskan. seminggu jugak bentang selimut tidur atas lantai kat hospital. sebab tu masa jaga arwah bapak aku tak pernah terbeban, sedar-sedar dah seminggu tak tidur end up muntah-muntah exhausted teruk. tapi takpalah, itu yang aku mampu bagi kot.    kalau kaya macam TMJ aku campak-campak je duit nah pi dok hospital mahal-mahal aku busy. eh. eh. tersebut TMJ pula.

banyak betul mengajar aku ni. masa sakit lah kita dapat other side of people. yang acah-acah tough kalau Tuhan dah bagi sakit, memang lemah jugak. 

peristiwa ni jugak mengajar aku it is okay to be alone. mana tak nya, hampir sebulan duduk sorang dekat rumah sewa. memang hebat kot Balqis. sebab tu sampai sekarang aku terel, takdelah sikit-sikit nak berkepit dengan Kak Aket.


cepatlah fully recover, nak mula akitiviti lasak melasak panjat memanjat semula. air terjun sungai chiling, at least :B